LANGKAH BAGI MEMASTIKAN KERETA SENTIASA ELOK
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_b24a0d3bfb3344bc8b97ac3f150d4c23~mv2.jpg/v1/fill/w_600,h_416,al_c,q_80,enc_auto/149d35_b24a0d3bfb3344bc8b97ac3f150d4c23~mv2.jpg)
Semua orang mengimpikan kenderaan yang kelihatan cantik sentiasa. Bagi mendapatkan kenderaan cantik dan berkilat untuk jangka masa yang panjang, ikuti langkah ini.
CUCIAN TANGAN
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_4ee402804ec94a1993ee13498cb21e5a~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_515,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_4ee402804ec94a1993ee13498cb21e5a~mv2.jpg)
Cuci kereta dengan tangan adalah lebih bersih berbanding mesin cucian automatik.Ini kerana, berus yang digunakan di pusat cucian automatik tidak dibersihkan dengan betul. Kotoran dari kenderaan sebelum kemungkinan masih ada dan dibawa ke kereta anda. Hal ini akan menyebabkan calar-calar halus pada permukaan cat kereta anda akibat debu dan kotoran halus yang masih ada pada mesin tersebut.
POLISH KERETA
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_a94c7514ff4a45f398dca2ee3bf6b3d5~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_515,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_a94c7514ff4a45f398dca2ee3bf6b3d5~mv2.jpg)
Polish kereta bertujuan untuk membaik pulih kerosakkan yang ada pada permukaan cat kereta seperti calar pusaran, calar ringan, kesan tompokan air, hologram, orange peel, warna cat pudar dan tidak berkilat.
WAX KERETA
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_29f9b3a310694470b7074f64b4ed259d~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_515,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_29f9b3a310694470b7074f64b4ed259d~mv2.jpg)
Wax pula berfungsi untuk memberi perlindungan pada permukaan cat kereta daripada cepat pudar akibat sinaran cahaya matahari dan sinaran UV. Malah, memudahkan aliran air pada permukaan kereta dan menyukarkan kotoran melekat.
KEBERSIHAN INTERIOR
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_90ee5384ba4b4021904a5e9434fe98fb~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_515,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_90ee5384ba4b4021904a5e9434fe98fb~mv2.jpg)
Kebersihan dalaman kenderaan juga perlu dijaga agar tiada bau yang kurang menyenangkan wujud didalam kereta. Sentiasa berikan perhatian di celah-celah dan sudut kereta kerana disitu terdapat banyak kotoran yang terperangkap. Malah, serangga seperti lipas dan semut gemar menjadikan kawasan situ sebagai tempat membiak.
KEBERSIHAN CERMIN DAN TINGKAP
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_797b9e6ec60f4306876e3229636daf1a~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_515,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_797b9e6ec60f4306876e3229636daf1a~mv2.jpg)
Cermin yang bersih dapat memberikan keselesaan semasa memandu. Malah keselamatan juga terjamin kerana tiada halangan semasa memerhati jalan raya.
BUANG SEGALA SAMPAH SELEPAS MENGGUNAKAN KERETA
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_7f87e8d8405a4a8b83e827ac1c4f4cf3~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_515,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_7f87e8d8405a4a8b83e827ac1c4f4cf3~mv2.jpg)
Sebelum meninggalkan kenderaan, pastikan tiada sebarang sampah atau sisa makanan dan minuman yang tertinggal didalam kereta. Kerana, kita tidak mahu serangga seperti lipas dan semut menjadikan kereta kita sebagai tempat tinggal mereka. Jika ada najis burung melekat pada kenderaan anda, cuci dengan segera. Jika dibiarkan lama, kesan itu menjadi sukar untuk dihilangkan.
Like FB page : D'Brilliant Auto Spa