top of page

PERIKSA KENDERAAN ANDA SEBELUM PULANG KE DESA

Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan meraikan Hari Raya setelah sebulan berpuasa. Pastinya lebuh raya akan menjadi lebih sibuk dan sesak disaat-saat akhir ini dengan kenderaan yang berpusu-pusu pulang ke kampung ke halaman masing-masing.


Disaat anda memandu dalam keadaan yang selesa, pastinya anda berharap agar tidak berlaku sebarang masalah dalam perjalanan anda. Disebabkan itu kita disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan kita sebelum memulakan perjalanan. Disini disenaraikan bahagian penting yang perlu diberi perhatian sebelum memandu.


ENJIN

  • Periksa catatan batuan dan jika sudah sampai waktu untuk diservis, teruslah hantarkannya. Anda juga mungkin dapat menikmati pelbagai diskaun alat ganti dan upah di pusat servis sempena musim perayaan ini.

  • Tangki air/'coolant' - Lihat pada tangki simpanan dan buka penutup radiator untuk melihat tahap air yang ada. Jika kurang, tambah ke tahap sepatutnya.

  • Minyak brek, klac dan stereng - Tangki minyak bahagian-bahagian ini boleh dilihat jelas di bahagian enjin dan anda boleh memeriksanya. Bawa ke pusat servis atau bengkel sekiranya kurang untuk memastikan penggunaan minyak yang betul dan lakukan pemeriksaan sekiranya terdapat kebocoran.

  • Periksa tahap minyak enjin - Pada bahagian utama enjin, terdapat pengukur yang boleh melihat tahap minyak enjin. Tambah atau bawa ke bengkel untuk ditukar sekiranya perlu.

BREK

  • Pad brek yang perlu ditukar boleh diketahui kerana ia akan mengeluarkan bunyi apabila anda menekan pedal.

  • Sekiranya terdapat ruang pada rim, anda juga boleh mengintai pad brek sama ada ia sudah nipis dan perlu ditukar ataupun tidak.

  • Cakera yang sudah calar dengan dalam juga perlu ditukar jika sebelum ini pernah digosok (skimmed)

  • Bagi brek belakang atau brek tangan pula, anda akan tahu keadaannya perlu ditukar apabila ditarik, ia kurang mencengkam ataupun tuil tangan itu semakin tinggi daripada biasa.

TAYAR

  • Pemeriksaan fizikal terhadap tayar mudah dilakukan. Pertama, perhatikan jika ada sebarang perubahan bentuk seperti benjolan atau koyak. Jika ada, ia perlu ditukar.

  • Pada bahagian bunganya, terdapat tanda menunjukkan tahap kehausannya. Jika sudah sampai tahap itu, tukar.

  • Jangan lupa tayar simpanan dan peralatan membuka tayar. Pastikan semuanya ada dalam keadaan baik.

LAMPU

  • Pasang suis-suis lampu yang ada satu persatu dan periksa sama ada ia masih menyala. Jika tidak, anda mungkin mahu memeriksa fiusnya terlebih dahulu sebelum terus menukar mentolnya.

Like FB page : D'Brilliant Auto Spa


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page