TIPS UNTUK HILANGKAN DAKWAT MARKER DARIPADA LEATHER
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_f8a92336855b42a1b3932b2c9fbdc0d8~mv2.jpg/v1/fill/w_608,h_344,al_c,q_80,enc_auto/149d35_f8a92336855b42a1b3932b2c9fbdc0d8~mv2.jpg)
Geramnya bila masuk dalam kereta tengok ada kesan ink marker kat kusyen jenis kulit ni. Jenis leather, bila ada kesan hitam sikit pun dah nampak buruk apa lagi kena ink market yang jenis permanent ni.
Jangan susah hati, entry kali ini ada tips untuk hilangkan ink marker dari leather. Barang pun mudah nak dapatkan dan caranya pun senang juga.
1. HAIRSPRAY
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_07ba6dd4abe54196bd879cc40c98a689~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_515,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_07ba6dd4abe54196bd879cc40c98a689~mv2.jpg)
Hairspray bukan sahaja boleh digunakan untuk mengekalkan gaya rambut, tapi ia juga dapat membantu untuk menghilangkan kesan dakwat marker daripada leather. Caranya :
- Spray dikawasan yang ada dakwat marker, biarkan beberapa minit jangan sampai kering. Kemudian lap dengan tisu basah.
2. ALKOHOL
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_46615bbac4594d7aa08931e36f7c282a~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_515,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_46615bbac4594d7aa08931e36f7c282a~mv2.jpg)
Tuang alkohol pada kapas dan lap pada bahagian yang terkena dakwat kemudian tekap dengan kain mikrofiber.
Ulang dengan menggunakan kapas yang bersih sehingga kesan dakwat hilang.
3. NAIL-POLISH REMOVER
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_1931389c6a6e49008a58372be960ec49~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_515,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_1931389c6a6e49008a58372be960ec49~mv2.jpg)
Tuangkan dalam kuantiti yang sikit, lap dengan lembut dan tekap dengan menggunakan kain yang bersih.
Like FB page : D'Brilliant Auto Spa