BAGAIMANA KUMAN MEMPENGARUHI KUALITI UDARA DIDALAM KERETA ANDA?
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_f2d46c8017804b33a04fe169027d4cad~mv2.jpg/v1/fill/w_534,h_322,al_c,q_80,enc_auto/149d35_f2d46c8017804b33a04fe169027d4cad~mv2.jpg)
Pernah tak anda terfikirkan tentang kualiti udara didalam kereta? Tak pernah? Anda patut ambiil berat tentang hal ini sekarang. Kerana, dalam kereta merupakan tempat pembiakan kuman dan bakteria yang hebat. Anda boleh meletakkan risiko terhadap kesihatan anda.
Sebenarnya, udara yang ada didalam kereta adalah lebih teruk berbanding udara yang kita bernafas didalam rumah ataupun di tempat kerja. Kadang-kadang, atas kesibukan kerja atau sebagainya, masa kita banyak dihabiskan didalam kereta. Makan, minum, bersiar dan lain-lain merupakan punca kuman membiak.
Didalam kenderaan kawasan yang terdapat banyak kuman dan bakteria adalah di "dashboard", kusyen kereta, stereng, lantai kereta, kawasan letak minuman, gear dan panel pintu.
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_860f7ff06ce74e63908fa104d7c91e1a~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_653,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_860f7ff06ce74e63908fa104d7c91e1a~mv2.jpg)
Setiap kali anda menghidupkan sistem udara kereta, pengguna kenderaan akan bernafas menggunakan udara yang masuk kedalam kabin. Udara ini membawa lebih banyak kuman dan bakteria yang tak diingini seperti, kuman dan spora acuan, habuk jalan, asap-asap, pencemaran gas dan rumah hijau.
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_414331086fc241bd8ef9ce6f073c53b0~mv2.jpg/v1/fill/w_747,h_419,al_c,q_80,enc_auto/149d35_414331086fc241bd8ef9ce6f073c53b0~mv2.jpg)
Kuman dan bakteria amat menggemarkan kepada keadaan yang lembab dan gelap untuk membiak. Mikroorganisma ini mengeluarkan spora dan mikotoksin yang berbahaya dalam kereta malah boleh menyebabkan banyak kesan buruk terhadap kesihatan (Car Sick Syndrome) seperti :
- Kegatalan pada mata, hidung, dan tekak.
- Gejala Sinus
- Gejala sejuk dan sakit kepala yang kerap
- Keletihan
- Peningkatan penyakit Asma
Kesan kesihatan ini mudah terjadi kepada ibu mengandung, bayi dan anak kecil, dan juga orang tua. Tahap kesihatan selalunya bergantung kepada jumlah bakteria dan kuman yang ada, masa pendedahan dan juga tidak balas sistem imunisasi individu merupakan antara faktor lain.
Mulai sekarang, basmi kuman dan bakteria yang berada didalam kereta untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan yang akan berlaku dimasa hadapan.
**********************************************************************************************************
p/s : servis nano mist treatment
- dapat membunuh 99.9% kuman dan bakteria didalam kereta
- menghilangkan bau busuk dan hapak
- memberikan kesegaran dan bau yang baru
- meningkatkan kualiti udara didalam kereta
- memberikan perlindungan kesihatan kepada pemandu dan penumpang
- selamat untuk pengguna kenderaan
Like FB page : D'Brilliant Auto Spa