top of page

TIPS SEBELUM BALIK KAMPUNG ATAU BERCUTI PANJANG


Seronok rasanya bila dapat beraya bersama sanak-saudara didesa yang tercinta. Barang-barang untuk dibawa balik semua sudah siap packing. Sebelum memulakan perjalanan, keselamatan rumah jangan diabaikan. Entry kali ini mengenai tips sebelum pulang ke kampung atau bercuti panjang. Sebelum bergerak, double check dulu ya!


1. TUTUP PUNCA KUASA ELEKTRIK

- Periksa semua plug dan pastikan suiz ditutup dan cabut semua plug dari soket.


2. TUTUP KEPALA TONG GAS

- Tutup kepala tong gas silinder. Jangan biarkan injap gas terbuka kerana risiko berlakunya kebocoran gas adalah tinggi.


3. KOSONGKAN AIR KOLAH

- Kosongkan air, jika dirumah anda ada kolah. Pastikan segala tempat yang boleh menakung air ditutup. Ini bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes di rumah anda.


4. SIMPAN SEMUA BARANG BERHARGA DITEMPAT YANG SELAMAT

- Jangan biarkan barangan anda terbiar di merata tempat seperti kawasan yang jelas kelihatan. Misalnya ada perompak yang pecah rumah, barang anda dibiarkan merata-rata, seronok perompak tu nanti.


5. KUNCI SEMUA PINTU DAN GRILL

- Kunci semua pintu dan grill rumah. Tingkap jangan lupa pula. Tutup biar rapat. ini demi keselamatan juga.


6. BUKA LAMPU DALAM RUMAH

- Kaedah ini sangat membantu. Jika dirumah ada pasang Automatic Light, anda boleh setkan pukul berapa lampu start "ON" dan "OFF".


7. BUANG SEGALA SAMPAH

- Sebelum bergerak, pastikan segala sampah yang ada didalam rumah dibuang. Kita tak nak bila kita balik nanti, rumah berbau busuk dan ulat-ulat dimerata-rata lantai. Jadi, jaga kebersihan.


8. TELEFON BIMBIT DAN GAJET

- Telefon bimbit dan gajet adalah perkara yang wajib dizaman moden ini. Powerbank pun jangan lupa. Nanti berebut pula dengan saudara yang lain nak guna Charger.


9. BAJU RAYA

- Yaa! Raya tak lengkap kalau tak ada baju raya. Awak tertinggal baju raya tak melaram la awak nanti.


10. UBAT-UBATAN

- Kalau anda atau famili anda yang sakit, jangan tinggalkan ubat dirumah,. Bawa sekali.


11. SERVIS KERETA

- Servis kereta bagi memastikan kenderaan kita tiada sebarang masalah semasa memandu nanti. Kita tak nak kereta kita tiba-tiba breakdown di highway. Stress pulak.


Semua settle? Bagus! Jadi berhati-hatilah pulang ke kampung dan memandulah dengan berhemah.


Like FB page : D'Brilliant Auto Spa


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page