top of page

APA ITU COATING?

      Coating merupakan antara teknologi baru untuk langkah penjagaan kereta. Ia merupakan lapisan kaca yang keras yang disalut pada permukaan kereta. Ia berfungsi sama seperti wax, tetapi ia memberikan pelindungan yang tahan lebih lama dan nampak lebih berkilat.

SIAPA YANG LAYAK UNTUK DAPATKAN SERVIS COATING?

  • Mereka yang mahukan kereta berkilat dan berseri dalam jangka masa yang lama.

  • Mereka yang mahukan kereta sentiasa kelihatan bersih.

  • Mereka yang mahukan permukaan kereta menjadi kalis air.

APAKAH KEBAIKAN GLASS COATING?

  • ANTI COLOR FADING - Melindungi permukaan kereta cat kereta untuk menghindari cat menjadi cepat pudar.

  • HIGH GLOSS FINISH - Menghasilkan permukaan cat nampak lebih berkilat.

  • UV PROTECTION - Melindungi permukaan cat daripada sinaran UV.

  • OXIDATION & CORROSION RESISTANCE - Melindungi permukaan cat kereta daripada karat dan pengoksidaan.

  • SUPER HYDROPHOBIC - Lapisan permukaan yang menangkis air dan membentuk "Water Beading".

  • EASY CLEANING - Memudahkan proses mencuci kerana kotoran sukar melekat.

Q & A

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan "SENANG DIJAGA"?

    • Kereta yang telah disaluti dengan coating sukar untuk nampak kotor dan mudah dicuci.​

  2. Kereta saya masih baru, perlu ka kena coating?

    • Ya perlu. Kerana,  warna asas dan “clear coat” tidak cukup kuat untuk menapis sinaran UV, hujan asid, calar dan kotoran.

    • Permukaan cat akan cepat pudar jika ia tidak di “wax” dengan kerap. Masalah paling teruk yang boleh berlaku adalah adanya tompokan karat pada permukaan kereta.​

  3. Berapa lamakah masa yang diambil untuk proses aplikasi coating ini?​

    • 1 - 3 hari. Ia bergantung pada pakej yang diambil.​

  4. Kenapa masa yang diambil begitu lama?​

    • Kerja "Coating" ini adalah salah satu proses yang rumit dan ia memerlukan ketelitian yang mendalam untuk dapatkan hasil yang terbaik dan berkualiti.​

    • Anggaran masa untuk proses "coating" :

      • cucian detail – 1 jam

      • surface preparation – 1 jam

      • polishing (body) – 4 – 8 jam (bergantung pada masalah yang terdapat pada permukaan kereta

      • glass treatment – 1 – 2 jam

      • interior detailing (jika ada) – 3-4 jam

      • process apply coating – 1-2 jam ( 1 lapisan)

      • process untuk menunggu permukaan coating itu keras untuk apply lapisan kedua dan seterusnya – 2 jam

      • process apply coating untuk lapisan seterusnya 1-2 jam

  5. Mengapakah harga coating ini mahal?​

    • Produk yang digunakan adalah mahal dan berkualiti.​

    • Proses yang agak rumit dan teliti. Malah, ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

    • Proses yang details seperti "Paint Correction" untuk hilangkan segala masalah yang ada pada permukaan cat kereta.

    • Servis coating ini mempunyai jaminan.

  6. Berapa lamakah coating ini dapat bertahan?​

    • 1 - 5 tahun bergantung pada pakej.​

  7. Adakah Coating ini mempunyai jaminan dan berapa lamakah jaminan coating?​

    • YA. Ada. Jaminan Coating ini dari 1 - 5 tahun, dan ia bergantung pada pakej yang dipilih.​

  8. Apa kah yang di"cover" oleh waranti coating ini?

    • Permukaan kereta kembali pudar.

    • Permukaan cat kereta tidak menjadi kalis air.

    • pengoksidaan.

  9. Adakah coating ini ada pantang larangnya?​

    • ​Ada. ​​

    • permukaan kereta tidak boleh disentuh dan tidak boleh kena air selama 48 jam. Ini kerana proses untuk lapisan coating tersebut mengambil masa selama 48 jam untuk keras sepenuhnya.

    • tidak dibenarkan mencuci kenderaan menggunakan sabun yang boleh menghakis lapisan coating tersebut seperti sabun yang mempunyai kandungan garam dan soda yang tinggi

    • tidak dibenarkan mengelap atau mencuci permukaan yang kotor tanpa menggunakan bahan pencuci yang betul. Ini bagi mengelakan terjadinya kesan calar pada permukaan cat/coating.

    • Kerapkan mencuci kereta sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu sekali.

  10. Bolehkah saya menggunakan servis cucian automatik kerana ia menjimatkan masa saya?​

    • Tidak boleh. Berus yang digunakan pada mesin itu mampu mencalarkan permukaan cat kereta anda.​

KHAS UNTUK ANDA, KAMI BERIKAN TAWARAN ISTIMEWA DENGAN 

POTONGAN HARGA YANG TERBAIK DAN MAMPU MILIK!!!

BERMULA DARI RM 699!!

dbrilliant14.wixsite.com/dbrilliant14
6. mits. outlander 1.jpg
6. mits. outlander 4.jpg
2. bmw biru 2.jpg
2. bmw biru 3.jpg
7. honda city 1.jpeg
7. honda city 3.jpeg
4. vw golf 2.jpg
4. vw golf 4.jpg
My Channel
Watch Now

KENAPA PERLU DAPATKAN PERKHIDMATAN COATING DARIPADA D'BRILLIANT AUTO SPA?

  • KAMI MEMPUNYAI PENGALAMAN DALAM BIDANG INI SELAMA 3 TAHUN.

  • KAMI MEMPUNYAI BILIK KHAS, BILIK YANG TERTUTUP UNTUK PROSES APPLY COATING BAGI MENGELAKKAN IA TERDEDAH KEPADA HABUK.

  • MEMPUNYAI SIJIL JAMINAN UNTUK MEMUDAHKAN ANDA CLAIM WARANTY.

  • KAMI MEMENTINGKAN KUALITI, SEBABKAN ITU, KAMI MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK KERJA YANG LEBIH TELITI.

  • MENGGUNAKAN PRODUK YANG BERKUALITI.

UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT TENTANG "GLASS COATING" SILA WHATSAPP

018-221 4117

bottom of page