top of page

JADUAL PERJALANAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2017


Kita bakal menyambut Syawal tidak lama lagi. Pastinya ada yang merancang untuk menyambut lebaran bersama keluarga tercinta di Kampung halaman masing-masing.


Dengan itu, para pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau "Travel Time Advisory" (TTA). Ia bertujuan bagi mengelakkan anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.


Selain itu, TTA berfungsi untuk membantu pengguna menikmati perjalanan pulang yang lebih selesa dan lancar. Apabila pengguna patuh pada jadual ini, ia dapat mengelakkan kenderaan daripada bertembung di satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama.


JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN

Lampiran Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dari 21 Jun hingga 3 Julai 2017 yang dikeluarkan oleh PLUS sempena dengan cuti musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017.


TIPS KESELAMATAN PENGGUNA LEBUH RAYA

> Rancang perjalanan berdasarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan.

> Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

> Jangan berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan.

> Berhenti rehat di RnR atau hentian sebelah sekiranya anda berasa mengantuk.

> Pastikan kad PlusMiles atau Touch'n'Go mempunyai baki yang mencukupi untuk perjalanan anda.

> Jangan memandu di lorong kecemasan kecuali diarahkan oleh pihak polis atau pihak yang terbabit.

> Jangan mengekori kenderaan dihadapan terlalu rapat.

> Pakai tali pinggang keselamatan.

> Patuhi had laju yang telah ditetapkan.

> Hormati had anda dan kemampuan kenderaan.

> Memandu dengan berhemah setiap masa.


Like FB page : D'Brilliant Auto Spa


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle

D'BRILLIANT AUTO SPA

NO. 69, G/F, LORONG BLM 6/2, BANDAR LAGUNA MERBOK

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

04-446 4117 / 017-566 7122

© Copyright
bottom of page