top of page

KESELAMATAN WANITA DI TEMPAT LETAK KERETA



Tempat letak kereta adalah sasaran popular penjenayah melakukan kegiatannya terhadap mangsanya khasnya wanita. Paling berbahaya jika parking kereta di kawasan yang lengang dan tak diawasi. 1) PILIH KAWASAN LETAK KERETA YANG DIJAMIN SELAMAT. - Letak kenderaan anda di kawasan yang mempunyai CCTV, Peronda atau berpagar. 2) JALAN TERUS DAN JANGAN BERLENGAH. - Lepas parking kereta segera keluar dan jangan lupa kunci kereta. 3) LETAK KERETA DI PETAK BERLAMPU. - Jika anda merancang untuk pulang pada waktu malam, parking kereta anda di bawah petak yang ada lampu. 4) PASTIKAN KERETA ANDA BERKUNCI. - Pastikan pintu kereta anda dikunci, pintu dan tingkap ditutup rapat. 5) JANGAN LETAK KENDERAAN ANDA DI TEMPAT YANG TERSOROK. - Kadang kala lori, van dan juga kenderaan berat yang lain menjadi tempat penjenayah bersembunyi. - Elakkan parking disebelah kenderaan tersebut. 6) PASTIKAN KUNCI KERETA SENTIASA ADA DITANGAN ANDA. - Pegang kunci kereta anda sehingga anda sampai ke destinasi. Ia juga dapat dijadikan sebagai senjata sekiranya diserang. Penjenayah sentiasa memerhati dan menunggu peluang untuk menyerang. Jadi Wanita di luar sana sentiasalah peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling.


Like FB page : D'Brilliant Auto Spa


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle

D'BRILLIANT AUTO SPA

NO. 69, G/F, LORONG BLM 6/2, BANDAR LAGUNA MERBOK

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

04-446 4117 / 017-566 7122

© Copyright
bottom of page