KURANGKAN PENGGUNAAN AUTOMATIC CAR WASH
- Jun 6, 2017
- 1 min read

Servis cucian kereta automatik semakin banyak digunakan di masa sekarang. Kerana ia mudah dan pemilik kereta tidak menggunakan banyak tenaga mereka. TAPI, dalam kesenangannya juga kadang-kadang kita tak sedar, ia juga terdapat kekurangan.
Ada beberapa sebab penting untuk kurangkan penggunaan cucian kereta automatik ini. 1) BERUS KOTOR : - Walaupun ia mempunyai berus yang besar dan mencuci secara menyeluruh, ia mencuci lebih banyak kereta setiap hari dan berkemungkinan berus ini masih mempunyai kotoran dan membawa kotoran tersebut ke kereta yang lain. 2) SYAMPU KIMIA : - Syampu kimia yang kuat digunakan untuk mencuci kereta, ia akan menyebabkan kereta anda pudar untuk jangka masa yang lama. 3) CALAR-CALAR : - Sesetengah berus boleh menyebabkan calar-calar ringan semasa proses mencuci. Calar halus yang kita tak perasan ini boleh merosakkan permukaan cat kereta anda. Tak salah sebenarnya nak gunakan khidmat ini, tapi kalau boleh jangan diamalkan kerana akan menyebabkan permukaan cat kereta anda rosak. Ia sesuai mendapatkan perkhidmatan semasa dalam kecemasan.
Like FB Page : D'Brilliant Auto Spa





















Comments