FAKTA "KARUT" TENTANG PENJAGAAN KERETA.
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_fbfac0537de548de93edb7764acced23~mv2_d_2120_1414_s_2.jpg/v1/fill/w_980,h_654,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_fbfac0537de548de93edb7764acced23~mv2_d_2120_1414_s_2.jpg)
Mari kita baca apakah fakta "karut" yang sesetengah orang amalkan dalam penjagaan kereta. Okay!
Fakta "KARUT" 1
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_4c1eee9faf914724b6a625746caa3069~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_720,al_c,q_85,enc_auto/149d35_4c1eee9faf914724b6a625746caa3069~mv2.jpg)
"Aku guna sabun pencuci pinggan untuk basuh kereta dekat rumah untuk nampak berkilat." Itu AUTA Sabun pencuci pinggan sebenarnya mempunyai kandungan yang dapat menghakis lapisan perlindungan pada permukaan cat kenderaan anda. Gunalah sabun pencuci yang dicipta khas untuk kereta. Kerana ia dapat melindungi permukaan cat kereta anda.
Fakta "KARUT" 2
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_503e66bd06204790a0bb135b6a7bdc38~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_720,al_c,q_85,enc_auto/149d35_503e66bd06204790a0bb135b6a7bdc38~mv2.jpg)
"Aku guna pelembut pakaian jer nak buatkan kereta aku jadi kalis air, tak perlu hantar kereta pergi car wash buat wax dengan coating bagai, jimat duit aku beb" AUTA je tu!!! Pelembut pakaian tidak mempunyai sifat anti-UV. Ia boleh membuatkan permukaan cat anda menjadi kekuningan dan kusam. Jangan terlalu nak berjimat sampaikan menyusahkan anda sendiri juga suatu hari nanti. Banyak produk yang terjual dipasaran untuk anda buat sendiri dirumah, tak pun kalau malas boleh hantar ke car wash.
Fakta "KARUT" 3
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_b4bae046b31d43b8b64901170d330b83~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_720,al_c,q_85,enc_auto/149d35_b4bae046b31d43b8b64901170d330b83~mv2.jpg)
"Wei, kau gila ke apa cuci kereta selalu, nanti cat kau nipis la. Kau tak sayang kereta ke?" AUTA juga ni.. Cuci kereta ini bagus sebenarnya, ia dapat mengelakkan kotoran melekat pada permukaan cat kenderaan anda. Terutama sekali selepas terkena hujan asid dan tahi burung. Tapi betul juga yang basuh kereta ini boleh buatkan cat nipis. Ini kalau anda menggunakan sabun pencuci yang salah yang mempunyai sifat menghakis cat. Jadinya, pilihlah produk pencuci yang betul, mahal sikit tidak mengapa, asalkan ia tidak merosakkan permukaan cat. Nak pergi carwash pun kena berhati-hati sebab sesetengah carwash menggunakan sabun yang mempunyai kandungan soda yang tinggi.
Fakta "KARUT" 4
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_6814485324024c189c7f25bd63fe6756~mv2.jpg/v1/fill/w_960,h_720,al_c,q_85,enc_auto/149d35_6814485324024c189c7f25bd63fe6756~mv2.jpg)
"Kau jangan hantar "polish" kereta dekat kedai sebab kedai akan mesin untuk "polish", nanti habis punah kereta kau beb. Nanti ada kesan bulat-bulat. Lepas polish tak nampak, kau letak kereta bawah matahari baru nampak jelas kesan bulat tu" YEAYY.. Ini FAKTA beb. Ini Fakta.. tapi kalau kedai itu tidak menggunakan teknik "polish" yang betul dan menggunakan span atau pad yang telah kotor. Pastikan kedai yang anda nak hantar "polish" kereta itu benar-banar tahu teknik yang betul untuk polish. Jangan "polish" kereta hanya sekadar harganya murah, Tapi nilailah hasil kerjanya. "Polish" kereta ini kena menggunakan teknik dan produk yang betul untuk selesaikan masalah pada permukaan cat tersebut.
Psst~
Dah baca? Masih percaya perkara mengarut macam ni?
Like FB page D'Brilliant Auto Spa