AWAS DENGAN TAHI BURUNG!
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_e440727a7be94947a8e87a7af52912dd~mv2.jpg/v1/fill/w_478,h_320,al_c,q_80,enc_auto/149d35_e440727a7be94947a8e87a7af52912dd~mv2.jpg)
Kita gemar untuk parking kereta dibawah pokok untuk berlindung daripada panas cahaya matahari. Tetapi, perkara yang teruk boleh juga berlaku kepada kereta anda sekiranya parking dibawah pokok ini. Burung-burung "melepaskan" najisnya sesuka hati di atas kereta kita.
Tahukah anda, tahi burung mengandungi tahap keasidan yang tinggi. Ia mampu untuk rosakkan cat kereta jika anda membiarkan ia melebihi 48 jam. Kesan najis akan menjadi sukar untuk dibersihkan jika dibiarkan lama.
Jadi, sebelum anda beredar, periksa dahulu kenderaan anda mana tahu ada setompok atau bertompok-tompok tahi burung melekat di kereta. Segera bersihkannya sekiranya ada.
Like FB page : D'Brilliant Auto Spa