top of page

PETUA HILANGKAN BAU BUSUK DALAM KERETA


Kereta ada bau busuk? Tak tahan dengan bau tu sampai kena buka tingkap lah ceritanya. Nak-nak lagi tengah jalan jauh kan? Pening dibuatnya sepanjang memandu. Kalau pakai perfume memang keluar bau wangi tu kan, tapi kemudiannya bau tu bercampur dengan bau busuk dalam kereta. Lagi loya rasa.

Okay, sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau kemana-mana sahaja yang anda nak pergi. Periksa keadaan kereta tu dulu. Kalau kereta tu dah muncul bau-bauan yang kurang menyenangkan cari inisiatif untuk hilangkan bau tersebut. Dalam post kali ini, saya kongsikan kepada anda petua untuk hilangkan bau dalam kenderaan. 1) BAKING SODA - tabur baking soda di kawasan yang terjejas dan biarkan semalaman. Soda akan menyerap bau busuk tadi. Pada keesokkan harinya, vacuum kereta untuk buang baking soda tersebut. 2) CUKA - Tuang sedikit cuka dalam botol spray, dan spray pada tempat yang kena. Biarkan sampai kering. 3) KOPI

- Masukkan kopi atau serbuk nescafe kedalam bekas kecil, dan buat lubang-lubang kecil pada penutup. Biarkan dalam kereta. Ia tak sesuai untuk orang yang bukan peminat kopi tau. :p 4) LEMON - Campurkan jus lemon dengan sedikit air kemudian skrub larutan tersebut dengan kain dan bilas dengan air sabun. Pastikan ia betul-betul kering okay? HAA, ini antara petua yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau dalam kereta anda. Lepas ni tak dak laa rasa pening ke loya ke dengan bau-bau busuk. :*


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
  • Facebook - White Circle
  • Instagram - White Circle

D'BRILLIANT AUTO SPA

NO. 69, G/F, LORONG BLM 6/2, BANDAR LAGUNA MERBOK

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

04-446 4117 / 017-566 7122

© Copyright
bottom of page