PERKARA SALAH SEMASA MEMBASUH KERETA.
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_9aa3dfe1b65a4a64a0f50e7acbf2c2d0~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_652,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_9aa3dfe1b65a4a64a0f50e7acbf2c2d0~mv2.jpg)
Sesetengah orang gemar untuk mencuci kereta sendiri, dan ada juga yang menghantar ke pusat cucian kereta. Sama ada cucian automatik ataupun cucian tangan ia bergantung kepada pemilik kenderaan itu sendiri.
Namun, secara tidak sedar kadang-kadang ada kesilapan yang kita lakukan semasa mencuci kederaan. Disini dinyatakan perkara salah semasa mencuci kereta.
1. MENGGUNAKAN SPAN YANG BIASA
Span yang biasa tidak sesuai digunakan untuk mencuci bahan kereta. Kerana, ia akan meninggalkan kesan calar halus pada cat kereta.
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_ee2f9a318a5a414eb58994ba348f2909~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_649,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_ee2f9a318a5a414eb58994ba348f2909~mv2.jpg)
2. SATU BEKAS UNTUK SATU KERETA
Menggunakan satu bekas untuk satu cucian adalah teknik yang salah. Terdapat banyak debu dan habuk yang melekat pada span mencuci. Seeloknya gunakan 2 bekas semasa mencuci. Satu untuk sabun dan satu lagi untuk mencuci.
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_3bcc59c2840e47a08ee0411b8c3efcba~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_654,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/149d35_3bcc59c2840e47a08ee0411b8c3efcba~mv2.jpg)
3. PEMILIHAN SYAMPU KERETA
Ada sesetengah orang menggunakan sabun pencuci pinggan dan pencuci baju untuk jimat. Tahukah anda bahawa penggunaan bahan ini adalah tidak sesuai untuk badan kereta. Ia mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai dan boleh merosakkan permukaan cat kereta. Seperti, cat pudar dan menghakis coating atau wax kereta.
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_e4020ccb8b604b4d8d51d1683f5e0df0~mv2.jpg/v1/fill/w_630,h_420,al_c,q_80,enc_auto/149d35_e4020ccb8b604b4d8d51d1683f5e0df0~mv2.jpg)
4. MEMBIARKAN KERETA KERING DENGAN SENDIRI DIBAWAH CAHAYA MATAHARI
Mencuci kereta dibawah matahari supaya kereta cepat kering? Kering memang kering tapi ia boleh menyebabkan berlakunya "Waterspot" pada permukaan kereta. Angin membawa habuk dan kotoran halus dan melekat pada kereta yang masih mempunyai tompok-tompok air yang tertinggal.
![](https://static.wixstatic.com/media/149d35_55cca93eb7e348eaa7e30000b1e6e804~mv2.jpg/v1/fill/w_640,h_425,al_c,q_80,enc_auto/149d35_55cca93eb7e348eaa7e30000b1e6e804~mv2.jpg)
Baru tersedar anda pernah lakukan salah satu perkara diatas? Segera hindarkan jika anda sayangkan kenderaan anda dan inginkan kenderaan anda kekal kelihatan cantik.
*Like FB page : D'Brilliant Auto Spa